Pada hari Isnin cuti sekolah, saya ke perkhemahan darjah 5. Saya dapat mempelajari untuk berani kebimbangan saya. Saya pun dapat tahu banyak pengajar. Malam yang kedua, kita ada sambutan unggun api. Ia seronok kerana kita dapat membuat persembahan. Hari Rabu dan kita hendak pulang dari kem itu. Saya dapat melihat muka-muka emosi dari kawan-kawan saya. Saya pun berasa sama macam mereka. Kem itu pun tidak puas untuk saya dan kawan-kawan saya.
Hari Khamis, saya ke Orchard . Saya ke sana kerana kita hendak meliuhat persembahan band sepupu saya. Jumaat pula, saya ke Masjid Darul Makmur(di Yishun) untuk sembahyang Jumaat. Selepas itu, keluarga saya ke rumah nenek saya. Kita di sana sampai 10 malam. Saya bermalam di rumah nenek saya kerana terlalu lewat dan saya penat. Ibu, ayah dan abang saya yang pulang ke rumah tetapi, saya dan kakak-kakak saya tidur di rumah nenek saya.
Hari Sabtu dan saya baru bermula membuat kerja rumah inggeris saya. Selepas itu, saya di rumah bermain komputer sahaja. Pada jam pukul empat petang, saya bermain dengan jiran saya. Kita bermain dengan hamster dia dan bermain basikal di 'Vista Park'. hari Sabtu saya ke 'Safra Tampines' dengan ayah saya. Kita ke sana kerana ada perlawanan bola sepak. Ayah saya bermain bola sepak. Perlawanan ini untuk tempat kerja ayah saya. Huujan pun menurun dan ayah saya kalah perlawanan itu. Kita terus ke rumah makcik saya untuk mengering kan diri sendiri. Selepas itu saya ke rumah. Itu sahaja cuti Sekolah saya.
No comments:
Post a Comment